Tuesday, October 25, 2011

3 Jurnal Kajian Kuantitatif

Jurnal 1

After the Class: Informal Training Support through the Penn State Technology Training Community

Ringkasan Jurnal

Matlamat kajian berfokus kepada proses untuk mengguna dan membina platform komuniti pembelajaran dalam talian, cabaran, pengalaman, impak positif dalam sokongan kursus dan objektif projek akan datang. Membina komuniti dalam talian yang membolehkan komuniti berkolaborasi

Kajian mendapati perlunya disediakan satu laman blog oleh para fasilitator yang kandungannya perlulah tersusun, direspon dan diselia bertujuan untuk memastikan berlakunya komunikasi dua hala dan agar sebarang pertanyaan dan teknik atau jalan pintas tentang kursus dapat disalurkan. Persoalannya berapa lama pula masa harus diambil oleh fasilitator untuk menyiapkan laman blog dan menjawab pertanyaan.

Hasil kajian daripada jurnal ini memberikan impak kepada kita untuk berfikir bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul selepas sesuatu kursus dijalankan. Apakah yang perlu diberi perhatian oleh penganjur kursus dan fasilitator semasa kursus dan selepas tamat kursus. Perkara ini juga perlu dilihat oleh pihak berkepentingan atau organisasi yang mana kebanyakan kursus yang telah dijalankan tidak ada khidmat bantu selepas kursus. Jika dilihat dalam situasi sebenar, memang jelas tiada peruntukan masa yang diberi oleh jurulatih untuk menjawab pertanyaan daripada para peserta kursus selepas tamatnya sesuatu kursus kursus.

Dalam lain perkataan kursus selesai selepas majlis penutupan dijalankan dan tiada respon atau maklum balas selepas itu. Hal ini perlu diberi perhatian. Mungkin perlu diubah kepada sesuatu yang bermakna. Sebagai contoh para jurulatih perlu menyediakan blog atau laman sesawang sebagai media perantara antara jurulatih dengan peserta dalam menyalurkan idea, pertanyaan dan juga penerangan. Pihak penganjur pula perlu untuk memastikan berlakunya interaksi dan juga kesenimbungan selepas kursus dijalankan.


Jurnal 2

Constructive solutions: Improving teaching and learning in e-learning environments

Ringkasan Jurnal

Tujuan artikel ialah untuk mencuba instrumen dalam talian dengan para pensyarah dan pelajar universiti menggunakan e-learning dan membantu pensyarah universiti untuk meningkatkan pembelajaran dan mengajar berdasarkan dapatan refleksi dari apa yang mungkin berubah dalam e-learning. Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan di mana, pelajar daripada beberapa buah sekolah telah diambil sebagai sampel kajian bagi melihat sejauhmana keberkesanan sistem oles ini dalam menyediakan maklumat

Sammpel kajian ialah pelajar daripada beberapa buah sekolah telah diambil sebagai sampel kajian bagi melihat sejauhmana keberkesanan sistem oles dan terdiri daripada tiga kelas kajian kes, iaitu :

  • Satu kelas pelajar separuh masa Master of Science di bidang Teknologi Maklumat (MSc [ITE] modul Belajar Mengajar dengan TI (n = 33) di sebuah universiti di Hong Kong.
  • Dua yang lain kelas berasal dari sebuah universiti di Australia Barat yang terdiri daripada pendidik latihan penuh-masa di Sarjana Pendidikan modul Komputer dalam Pendidikan (n = 16) dan Teknologi dalam Pendidikan (n = 15).

Menggunakan soal selidik dalam talian menggunakan perisian Oles. Keputusan kajian menyatakan adalah penting bagi pendidik untuk memiliki pengetahuan mengenai teori-teori belajar dalam merancang dan melaksanakan e-learning. Di samping itu, para pendidik juga memerlukan maklum balas untuk memberitahu mereka tentang usaha apa ayang digemari dan disukai oleh para pelajar. Data yang diperolehi digunakan untuk melakukan perubahan reka bentuk pembelajaran yang sesuai dengan persekitaran belajar pelajar.

Penulis mendapati bagi memastikan keberkesanan kursus dalam talian yang akan dijalankan memerlukan penulis untuk memastikan langkah-langkah awal diambil. Antaranya ialah memastikan keperluan kursus yang akan dijalankan dalam talian disediakan dengan sebaiknya. Menerusi kajian, pengkaji mendapati adalah perlu untuk meneliti teori-teori yang patut diguna dalam kajian yang akan dihasilkan. Sebagai contoh, sekiranya pengkaji ingin membuat kajian tentang keberkesanan kursus dalam talian, pengkaji perlulah menggunakan teori yang bersangkutan dengan perkara tersebut.

Pengkaji juga mendapati soal-selidik yang pada kebiasaanya menggunakan kaedah cetakan boleh digantikan dengan kaedah soal-selidik dalam talian. Pengkaji boleh menggunakan pelbagai aplikasi membinaan item soal-selidik yang boleh didapati sebagai percuma atau berbayar.

Dalam menyiapkan kajian, pengkaji mendapati aplikasi moodle telahpun tersedia dengan modul soal-selidik. Ini memudahkan pengkaji. Pengkaji juga boleh menggunakan goggle speedsheet.


Jurnal 3

Learning Styles Testing In Moodle

Ringkasan Jurnal

Tujuan utama kajian ini ialah mengkaji gaya pembelajaran individu dengan menjadikan moodle sebagai contoh dan beberapa keputusan daripada kajian perintis dengan berdasarkan kepada Modul Gaya Pembelajaran Felder Silverman dan Index Pembelajaran Felder Soloman. Kajian dibuat dengan menggunakan Model Gaya Pembelajaran Felder Silverman dan soal selidik menggunakan borang web. Sampel kajian terdiri daripada 54 pelajar dari bidang Maklumat, 38 pelajar Seni dan 38 pelajar Sosiolagi. Rekabentuk menggunakan borang soal selidik berasaskan web.

Kajian mendapati mengkaji gaya pembelajaran dengan integrasi dalam persekitaran pembelajaran dalam talian adalah penting dan merupakan prasyarat untuk pembangunan e-learning pada masa hadapan.

Kajian sedemikian memberikan tambahan kemungkinan untuk reka bentuk dan pembangunan lebih banyak kursus pembelajaran dalam talian. Kajian memberikan pengetahuan untuk menentukan ciri-ciri pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran individu. Sebagai contoh sekiranya kecendungan individu untuk memahami isi pelajaran berdasrkan kepada sumber yang berbentuk visual, guru atau pensyarah perlulah menyediakan sumber pengajaran berunsur visual seperti rajah, gambar sebenar ataupun carta. Ini boleh membantu individu tersebut cepat memahami isi pembelajaran. Hasil pembacaan artikel ini, penulis mendapati adalah penting untuk mengetahui gaya pembelajaran seseorang terutamanya dalam mengendalikan kursus dalam talian yang pesertanya tidak berhadapan atau bersemuka dengan pengkaji.

Artikel ini membantu pengkaji untuk menyediakan satu tapak bagi peserta membuat penilian kendiri tentang gaya pembelajaran mereka. Untuk itu satu set soal selidik tentang gaya pembelajaran akan dibuat. Pengkaji boleh menggunakan set kajian pengkaji terdahulu ataupun dibuat sendiri oleh pengkaji dengan sedikit adaptasi kajian lepas. Ini membantu para peserta untuk memilih jenis tutorial yang bakal pengkaji sediakan


Perbandingan Jurnal


Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

Tajuk

After the Class: Informal Training Support through the Penn State Technology Training Community

Constructive solutions: Improving teaching and learning in e-learning environments

Learning Styles Testing In Moodle

Penulis

Christopher Lucas dan Heather Huntsinger

Dr Sue Trinidad

Daniela Dureva, Georgi Tuparav

Tujuan Kajian

Matlamat kajian berfokus kepada proses untuk mengguna dan membina platform komuniti pembelajaran dalam talian, cabaran, pengalaman, impak positif dalam sokongan kursus dan objektif projek akan datang

Mencuba instrumen dalam talian dengan para pensyarah dan pelajar universiti menggunakan e-learning dan membantu pensyarah universiti untuk meningkatkan pembelajaran dan mengajar berdasarkan dapatan refleksi dari apa yang mungkin berubah dalam e-learning.

Mengkaji gaya pembelajaran individu dengan menjadikan moodle sebagai contoh dan beberapa keputusan daripada kajian perintis dengan berdasarkan kepada Modul Gaya Pembelajaran Felder Silverman dan Index Pembelajaran Felder Soloman

Sampel


Pelajar daripada beberapa buah sekolah telah diambil sebagai sampel kajian bagi melihat sejauhmana keberkesanan sistem oles dan terdiri daripada tiga kelas kajian kes

Sampel kajian terdiri daripada 54 pelajar dari bidang Maklumat, 38 pelajar Seni dan 38 pelajar Sosiolagi

Prosedur dan Rekabentuk Kajian

Membina komuniti dalam talian yang membolehkan komuniti berkolaborasi

Menggunakan kaedah tinjauan di mana

Rekabentuk menggunakan borang soal selidik berasaskan web

Dapatan Kajian

Mendapati perlunya disediakan satu laman blog oleh para fasilitator yang kandungannya perlulah tersusun, direspon dan diselia bertujuan untuk memastikan berlakunya komunikasi dua hala dan agar sebarang pertanyaan dan teknik atau jalan pintas tentang kursus dapat disalurkan

Adalah penting bagi pendidik untuk memiliki pengetahuan mengenai teori-teori belajar dalam merancang dan melaksanakan e-learning.

Kajian mendapati mengkaji gaya pembelajaran dengan integrasi dalam persekitaran pembelajaran dalam talian adalah penting dan merupakan prasyarat untuk pembangunan e-learning pada masa hadapan

Rumusan

Hasil kajian daripada jurnal ini memberikan impak kepada kita untuk berfikir bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul selepas sesuatu kursus dijalankan

Data yang diperolehi digunakan untuk melakukan perubahan reka bentuk pembelajaran yang sesuai dengan persekitaran belajar pelajar.

Kajian memberikan pengetahuan untuk menentukan ciri-ciri pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran individu.




Analisis Jurnal

Jurnal yang dihasilkan memberi impak yang besar kepada pembaca. Melalui pembacaan sesuatu jurnal, pembaca boleh mengetahui sesuatu perkara yang dikaji. Berdasarkan kepada pembacaan 3 artikel jurnal, pengkaji dapat menambah dan mengetahui kekurangan yang perlu diperbaiki dalam menghasilkan kajian.

Jurnal pertama ditulis oleh Christopher Lucas dan Heather Huntsinger dengan tajuk After the Class: Informal Training Support through the Penn State Technology Training Community, penulisan abstraknya agak baik. Melalui abstrak, pembaca sudah dapat mengetahui tujuan dan cara kajian dibuat.

Penekanan dalam jurnal ini bahawa perlunya landasan atau platform dalam talian yang membolehkan berlangsungnya aktiviti perbincangan, forum dan sebagainya selepas sesuatu kursus dijalankan. Justeru itu, pengkaji berasakan moodle merupakan aplikasi dalam talian yang sesuai untuk menghasilkan tapak kursus dalam talian. Harry B. Santoso (2008), mengatakan paradigma berorientasi layanan yang digunakan Moodle akan semakin memantapkan langkah LMS ini untuk menjadi pemain utama. Dengan paradigma ini, pengguna dapat dengan leluasa melakukan pengaturan atas fasilitas yang ada dalam mendukung proses belajar mengajarnya. Sebagai contoh assignment, chat, choice, data, forum, glossary, journal, label, LAMS, lesson, quiz, resource, SCORM, survey, wiki, workshop dan lain-lain.

Jurnal kedua yang ditulis Dr Sue Trinidad, Constructive solutions: Improving teaching and learning in e-learning environments mempunyai kelebihan dalam penulisan dapatan kajian. Penulis menggunakan perisian Oles untuk mengumpul data dan menghasilkan dapatan kajian dengan lebih terperinci melalui perisian tersebut. Justeru itu, adalah penting bagi seseorang pengkaji mengetahui, boleh mengguna dan menganalisis data daripada data yang dikumpul. Untuk itu juga, pengkaji perlu mendalami ilmu tentang perisian menganalisis data. Sebagai contoh perisian SPSS.

Jurnal ketiga pula ditulis Daniela Dureva, Georgi Tuparav. 2008. Learning Styles Testing In Moodle menekankan pentingnya kajian tentang gaya pembelajaran dijalankan. Dengan menggunakan hasil dapatan tentang gaya pembelajaran dapatlah seseorang guru atau pensyarah membuat persediaan atau bahan berdasarkan kecenderungan gaya pembelajaran individu. Gaya pembelajaran seseorang berbeza. Hasil dapatan ini membolehkan pengkaji untuk menyediakan set soal selidik secara dalam talian untuk menentukan gaya pembelajaran peserta kursus.

Pengkaji mendapati ketiga-tuga jurnal yang dibaca mempunyai nilai ilmiah yang tinggi dan bersangkutan kuat dengan bidang kajian yang dikaji. Moodle sebagai platform kursus dan sumber pembelajaran dalam talian mampu untuk menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat. Pendapat ini disokong oleh Rosseni Din, Mazalah Ahmad & Siti Fatimah Mohd Yassin (2005) Pembelajaran Maya menjanjikan pendemokrasian pendidikan yang mengambilkira pelbagai keperluan asasi pelajar dengan kemampuannya menawarkan khidmat 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Pendekatan maya jika digabungkan dengan pendekatan konvensional mampu menjana ilmu yang melimpah-ruah melalui kaedah pembelajaran kolaboratif.


Bibliografi


  1. Christopher Lucas dan Heather Huntsinger. 2009. After the Class: Informal Training Support through the Penn State Technology Training Community, SIGUCCS’09, St. Louis, Missouri, USA
  2. Dr Sue Trinidad, Constructive solutions: Improving teaching and learning in e-learning environments
  3. Daniela Dureva, Georgi Tuparav. 2008. Learning Styles Testing In Moodle, International Conference on Computer System and Technologies – CompSys Tech’08
  4. Martin Dougiamas. 2011. What is Moodle? [Dlm talian] pada 2 April 2011 di http://moodle.org/about

  5. Sheo Kumar, Anil Kumar Gankotiya dan Dr. (Mrs) Kamlesh Dutta. A Comparative Study of MOODLE with other e-Learning Systems
  6. Harry B. Santoso. 2008. Dibalik Kesuksesan Moodle. [Dlm talian] pada 6 Mei 2008 di http://staff.blog.ui.ac.id/harrybs/2008/05/06/dibalik-kesuksesan-moodle/

  7. Rosseni Din, Mazalah Ahmad & Siti Fatimah Mohd Yassin. 2005. Pembentukan Komuniti Pembelajaran Kolaboratif Melalui Penggunaan Kumpulan Perbincangan Elektronik, Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya